DC United tidak lagi guna kepakaran Wayne Rooney

Shaiful Shamsudin
October 8, 2023 23:32 MYT
Wayne Rooney akan meninggalkan DC United selepas harapan mereka untuk melangkah play-off Liga Utama Bolasepak (MLS) berakhir.
Bekas kapten England itu mula mengendalikan kelab Washington itu sejak musim panas lalu tetapi jawatannya tidak bertahan lama di sebalik kemenangan 2-0 ke atas New York City FC.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengerusi bersama, Jason Levien, berkata di dcunited.com: “Kami telah bercakap dengan Wayne dan pada masa ini bersetuju adalah yang terbaik untuk kami berpisah.

D.C. United and Head Coach Wayne Rooney have mutually agreed to part ways.https://t.co/ykE3Qp2FDb

— D.C. United (@dcunited) October 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Keputusan ini mewujudkan ruang kepada pengurus kami yang seterusnya untuk berpeluang sepenuhnya untuk menerapkan falsafah dan struktur baru dalam operasi sukan kami, yang memutuskan hala tuju baru mengenai calon ketua jurulatih yang paling sesuai.
“Kami berterima kasih kepada Wayne Rooney atas segala usahanya untuk kelab kami dan untuk bola sepak di ibu negara ini, pertama sebagai pemain dan kapten DC United dan yang terbaru sebagai jurulatih kami.
"Dia kekal sebagai bahagian penting dalam keluarga DC United dan seorang rakan yang dihargai dan disayangi.”
Rooney mula-mula berpindah ke MLS pada 2018 dengan menghabiskan 15 bulan di Washington sebagai pemain sebelum kembali pada musim panas lalu selepas memacu Derby.
#Wayne Rooney #DC United #MLS
;