David Seaman memuji sentuhan luar biasa Mikel Arteta untuk mengubah Arsenal yang menyaksikan mereka mampu menyaingi Manchester City di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

The Gunners akan beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) tahun depan sejak kali terakhir pada 2016-17 selepas kempen mengagumkan yang menyaksikan mereka mendahului saingan sebelum prestasi kurang memberangsangkan beberapa minggu kebelakangan ini.

Lantas, bekas penjaga gol Arsenal dan England itu memuji impak pengurus Sepanyol tersebut walaupun ia merupakan peranan pertamanya dalam bidang pengurusan.

Malah, Seaman percaya bekas kelabnya itu untuk sedang mengambil langkah lebih jauh ke arah cita-cita jangka panjang mereka untuk menjulang trofi musim depan.

“Ia adalah tugas pertamanya, dia telah melaksanakan kerja yang menakjubkan dan ia adalah amanah yang berat tetapi dia berjaya melakukannya,” kata Seaman kepada agensi berita PA.




"Segalanya bergantung kepadanya sendiri, cara dia mencorakkan permainan, kepercayaan, tuntutannya terhadap pemain itulah yang akhirnya diperagakan di atas padang.

“Proses yang Arteta lakukan ini sudah menampakkan hasil. Malah, sebelum ini apabila dia bercakap mengenai proses ketika dia mula-mula tiba, ramai yang mempersoalkannya memandangkan persembahan anak buahnya bukan di tahap terbaik, tetapi saya sempat melihat apa yang dilakukan oleh Mikel di padang latihan dan saya dapat menyaksikan semangat dan bimbingannya yang menakjubkan.

“Arsenal akan menilainya berdasarkan pencapaiannya dalam UCL tetapi saya berharap mereka mampu meraih gelaran itulah matlamat utamanya, di situlah kelab perlu beradam iatu kembali ke kerangka memenangi piala.”