David Moyes kecewa kesilapan berulang West Ham
November 5, 2023 11:29 MYT
David Moyes mengakui seakan 'jijik' dengan dirinya jika bergelar pemain atas kesilapan berulang West Ham ketika pertembungan menentang Brentford malam tadi.
Mereka kembali dihantui badi berdepan Brentford selepas dihukum penyudah Nathan Collins yang memberikan kekalahan 2-3 dalam pertemuan barat London itu.
Pertahanan itu menjaringkan gol pertamanya selepas Jarrod Bowen menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menjaringkan gol dalam setiap enam perlawanan awal di kandang lawan.
Ia mengulangi rekod penyerang Brentford, Neal Maupay yang mengakhiri kemarau jaringannya dalam 35 perlawanan dalam masa 14 bulan.
Anak buah Thomas Frank mempunyai reputasi cemerlang ke atas The Hammers apabila memenangi lima pertemuan sejak mereka dinaikkan ke EPL.
"Kami akui kami tidak menangani perkara yang sepatutnya sebagai pemain berasa meluat dengan diri sendiri kerana tidak dapat bertindak dengan lebih baik.
"Saya tidak merasakan pasukan saya berbuat demikian. Itulah sebabnya saya kesal dengan diri sendiri kerana tidak mampu mengubah situasi ketika dalam tekanan."