David de Gea yakin rundingan kontrak barunya dengan Manchester United yang masih lagi belum mencapai kata sepakat akan berakhir dengan cara yang baik.

De Gea kekal pilihan utama United musim ini dengan Nick Pope dari Newcastle United (12) satu-satunya penjaga gol Liga Perdana Inggeris (EP) yang mendahului senarai lapan perlawanan tanpa bolos musim ini.

Perjanjian pemain dari Sepanyol itu di Old Trafford bakal tamat di penghujung kempen ini biarpun United mempunyai pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi dan perbincangan kontrak jangka masa panjang masih usahakan.

Sambil menawarkan kemas kini positif mengenai masa depannya, De Gea berkata dia menikmati semula permainan selepas beberapa musim yang mengecewakan buat The Red Devils.

"Kami masih berunding. Saya hanya fokus kepada perlawanan, ia perkara paling penting tetapi apa yang pasti ia akan berakhir dengan cara yang baik," katanya mengenai masa depannya.




"Saya telah melalui saat yang sangat sukar di kelab ini. Sekarang saya lebih menikmatinya. Ia hebat.




"Semangat berpasukan sangat hebat, suasananya hebat. Semua orang berfikir dengan cara yang sama, bermain dengan cara yang sama.

"Kami mempunyai pengurus yang bagus, pemain hebat yang menyuntik pengalaman kepada pasukan, pemain yang mahukan bola, pemain yang beraksi dengan baik bersama bola. Ia adalah gabungan segala-galanya."