Crystal Palace tenang hadapi krisis kecederaan
Shaiful Shamsudin
October 7, 2023 10:14 MYT
October 7, 2023 10:14 MYT
Pengurus Crystal Palace, Roy Hodgson, mengakui pasukannya berdepan "krisis kecederaan serius" dengan pemain tengah, Eberechi Eze, menjadi mangsa terbaru yang terpaksa berehat panjang.
Isu hamstring menyebabkan Eze terlepas menyertai skuad England asuhan Gareth Southgate selepas dia beraksi cemerlang bulan lalu dan pemain berusia 25 tahun itu menyertai senarai kecederaan Palace untuk pertemuan di tempat sendiri dengan Nottingham Forest, malam ini.
Di sebalik tamparan terbaru itu, Hodgson menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk mencari alasan sambil menunjuk kepada gambaran yang lebih besar untuk meredakan keresahan penyokong.
Hodgson berkata: “Tiada simpati dalam dunia bola sepak untuk kecederaan dan tidak ada gunanya mencari simpati. Ia boleh berlaku kepada semua pasukan.
Another nomination for Joa's sublime strike ?@premierleague GOTM ✅#CPFC
— Crystal Palace F.C. (@CPFC) October 5, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kebetulan kami tersepit dengan krisis kecederaan yang agak serius pada masa ini tetapi kami perlu belajar untuk menanganinya dan menerima keadaan seadanya sambil menantikan masa yang sesuai untuk mereka kembali.
"OK, ia tidak akan pulih dalam seminggu dua ini tetapi kita harus ingat bahawa musim ini tidak akan berakhir sebelum Mei tahun depan."