Crystal Palace ambil keputusan pecat Vieira
Ammar Hakim
March 17, 2023 06:15 MYT
March 17, 2023 06:15 MYT
Patrick Vieira telah dipecat sebagai pengurus Crystal Palace selepas 11 perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris, yang menyebabkan Eagles kini bergelut untuk mengelak penyingkiran.
Palace menghuni tangga ke-12 dalam carta EPL tetapi hanya tiga mata di hadapan tiga terbawah berikutan kekalahan 1-0 kepada pencabar Brighton dan Hove Albion Khamis lalu.
The Eagles tanpa kemenangan EPL sejak Malam Tahun Baru dan baru-baru ini menjadi pasukan pertama sejak rekod bermula (pada 2003-04) untuk mengharungi tiga perlawanan berturut-turut dalam pertandingan tanpa melakukan percubaan ke sasaran.
Pengerusi kelab Steve Parish berkata, "Dengan rasa kesal yang besar, keputusan sukar ini telah dibuat.
“Akhirnya, keputusan dalam beberapa bulan kebelakangan ini telah meletakkan kami dalam kedudukan liga yang tidak menentu dan kami berasakan perubahan perlu untuk memberi kami peluang terbaik untuk mengekalkan status Liga Perdana Inggeris.
"Impak pasukan sejak Patrick menyertai kami pada musim panas 2021 adalah ketara, dan dia dipandang tinggi oleh saya sendiri dan semua rakan sekerjanya."
Vieira memimpin Palace ke tempat ke-12 Liga Perdana Inggeris dan separuh akhir Piala FA dalam satu-satunya musim penuhnya sebagai pengurus, setelah pernah berkhidmat di New York City FC dan Nice.
Palace menambah pencarian pengganti Vieira telah bermula dan kemas kini akan diberikan 'dalam masa terdekat'.
Palace bakal berkunjung ke Stadium Emirates untuk berdepan pendahulu liga, Arsenal pada Ahad, setelah memenangi hanya satu daripada lapan perlawanan derbi London mereka dalam pertandingan musim ini (D2 L5).
Crystal Palace Football Club can confirm that Patrick Vieira has left his post as First Team Manager.#CPFC
— Crystal Palace F.C. (@CPFC) March 17, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.