Cristiano Ronaldo sokong Mbappe menang Ballon d'Or berbanding Haaland, Jude Bellingham

Najmi Iman
September 11, 2024 10:16 MYT
Pemenang Ballon d'Or lima kali, Cristiano Ronaldo, memberikan sepenuh sokogan terhadap pemain baru Real Madrid, Kyllian Mbappe, untuk memenangi anugerah berprestij tersebut menewaskan Erling Haaland, Jude Bellingham dan Lamine Yamal.
Bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu sudah menjaringkan 44 gol dalam musim terakhirnya bersama kelab di Perancis itu sebelum melengkapkan perpindahan ke Los Blancos.
"Saya fikir dia (Mbappe) akan serlahkan potensi terbaik kerana Real Madrid merupakan struktur kelab yang bagus.
"Berkenaan trofi istimewa itu, ia tidak akan menjadi masalah besar buatnya kerana bakat yang dimiliki boleh membuatkan dia memenangi Ballon d'Or," katanya dalam satu sesi audio siar miliknya di Youtube.
#bola sepak #Cristiano Ronaldo #Ballon d'Or #Kyllian Mbappe