Cristiano Ronaldo beri bayangan bersara di Al-Nassr
Shaiful Shamsudin
August 28, 2024 09:28 MYT
August 28, 2024 09:28 MYT
Al-Nassr mungkin menjadi kelab terakhir dalam karier Cristiano Ronaldo sebelum bersara.
Ronaldo berpindah ke Liga Pro Saudi pada 2022-23 sebaik dilepaskan oleh Manchester United dan sejak itu telah meledak 74 gol dalam 81 perlawanan dengan purata satu gol dalam setiap 97 minit.
Musim lalu, Ronaldo memecahkan rekod jaringan semusim terbanyak Liga Pro Saudi dengan 35 gol.
Pada usia 39 tahun, Ronaldo belum bercadang untuk bersara lagi tetapi dia memberi isyarat bahawa dia mungkin akan menutup tirai kerjayanya yang sarat trofi di kelabnya itu.
Dia memberitahu saluran Portugis, NOW: "Saya tidak tahu sama ada saya akan bersara tidak lama lagi atau dalam dua atau tiga tahun lagi. Tetapi, mungkin, ia akan berada di Al-Nassr.
✨ UEFA Champions League all-time top scorer ✨? Record #UCL golden boot in seven different seasons? Record 17 goals in a single campaign? Record 140 goals in 183 games @Cristiano will receive a special award from UEFA president Aleksander Čeferin this week in Monaco!
— UEFA (@UEFA) August 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Ia adalah sebuah pasukan di mana saya bergembira, di mana saya rasa bagus, di mana saya berasa sihat, baik di sekitar negaranya mahupun dalam liga.
"Sebab itu, kemungkinan besar saya boleh menamatkan karier di Al-Nassr. Saya sangat gembira bermain dalam liga itu dan saya mahu meneruskannya."