Coupe de France: Sikap sambil lewa nyaris jerat PSG

Shaiful Shamsudin
January 7, 2023 03:22 MYT
PSG 3 CHATEAUROUX 1
Christophe Galtier mengakui pemain Paris Saint-Germain (PSG) mungkin memandang rendah cabaran Chateauroux dalam pertembungan Coupe de France, awal pagi tadi.
PSG mengungguli perlawanan di Stade Gaston Petit itu 3-1 apabila memerlukan jaringan lewat daripada Carlos Soler dan Juan Bernat untuk meleraikan tentangan sengit daripada wakil divisyen tiga berkenaan.
Tanpa Lionel Messi, Neymar mahupun Kylian Mbappe, jaguh Ligue 1 itu terpaksa bergantung kepada pemain berusia 20 tahun, Hugo Ekitike, untuk memecah kebuntuan sebelum Natanael Ntolla menyamakan kedudukan sebelum rehat.
Bagaimanapun, tekanan lewat akhirnya membuahkan hasil buat pasukan kendalian Galtier itu apabila Soler dan Bernat menemui sentuhan pemusnah.
Lantas, pengurus PSG itu gembira untuk mara ke pusingan 32.
“Terdapat kepuasan tersendiri kerana layak,” katanya.

✅It's over! 3-1 win for the Parisians in Châteauroux and qualification for the round of 16 of the #CoupeDeFrance! ❤️? ⚽️ @hekitike9 ⚽️ @Carlos10Soler ⚽️ Juan Bernat ? #LBCPSG pic.twitter.com/RiUQfd35sr

— Paris Saint-Germain (@PSG_English) January 6, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Perlawanan seperti ini sukar. Kami memulakan permainan dengan rentak yang selaras dengan apa yang saya jangkakan.
"Selepas itu, pasukan saya terpecah kepada dua dan ia memberi menawarkan harapan buat Chateauroux.
"Adakah kami fikir semuanya akan menjadi mudah? Mungkin."
#PSG #Coupe de France