JUVENTUS 3 SAMPDORIA 0
Aksi cemerlang Douglas Costa membolehkan Juventus semakin hampir untuk mempertahankan trofi Serie A selepas menewaskan Sampdoria 3-0 di Stadium Allianz, awal pagi tadi.
Kemenangan itu memberikan kelebihan enam mata buat Juve di puncak liga selepas pasukan tangga kedua, Napoli, diikat seri tanpa jaringan oleh AC Milan dalam aksi sebelum itu.
Costa, yang masuk menggantikan Miralem Pjanic pada minit ke-43, hanya memerlukan dua minit untuk mencetuskan impak apabila hantaran lintangnya disudahkan oleh Mario Mandzukic, yang membolehkan Bianconeri mendahului 1-0 sebelum tamat babak pertama.
Memasuki aksi separuh masa kedua, giliran Benedikt Howedes menewaskan penjaga gol, Emiliano Viviano, pada minit ke-60, sekali gus meraih jaringan pertama di pentas Serie A.
Sami Khedira mengutip bola dari dalam kotak penalti Juve sebelum melorongkan buat Costa yang dengan pantas melakukan hantaran lintang untuk pertahanan Jerman itu melakukan tandukan terbang bagi menjadikan kedudukan 2-0.
Costa, yang kini sedang mencongak nasib untuk disenaraikan skuad Brazil menjelang Piala Dunia 2018, terus mempamerkan kecemerlangan, kali ini menerusi larian solonya yang membuka ruang buat Khedira untuk meletakkan The Old Lady dalam kedudukan selesa 3-0.
Tiga jaringan cukup untuk membolehkan Juventus meraih kemenangan ke-27 musim ini sambil meneruskan rentetan 10 aksi tanpa kalah di laman sendiri bagi saingan domesti, sementara skuad bimbingan Marco Giampaolo itu menerima kekalahan keempat dalam enam perlawanan terakhir.
Anak-anak buah Massimiliano Allegri kini menerajui carta liga dengan 84 mata, diikuti Napoli yang memiliki 78 mata.
Penulis Jemputan
Sun Apr 15 2018
Gabungan Juventus-TikTok Italia angkat bola sepak wanita
Juventus dan TikTok Italia telah menandatangani perkongsian untuk terus menyokong pasukan utama kelab dan pertumbuhan bola sepak wanita di Itali dan di seluruh dunia.
Isu doping: Pogba sedih, terkejut dan kecewa digantung empat tahun
Pemain tengah Juventus dan Perancis, Paul Pogba berkata dia 'sedih, terkejut dan patah hati' selepas digantung daripada bola sepak kerana kesalahan doping.
Serie A: Juventus sekali lagi keciciran mata dalam perebutan kejuaraan
Juventus terus gagal mengejar pendahulu Serie A, Inter Milan, selepas seri 2-2 dengan Verona, yang bergelut mencatatkan perlawanan keempat tanpa kemenangan.
Juventus belasah Frosinone untuk ke separuh akhir Piala Itali
Seperti dijangka, The Old Lady berjaya teruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir Coppa Italia selepas benam Frosinone empat gol tanpa balas
Juventus berdepan sokongan padu Genoa
Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri, memberi amaran kepada barisan pemainnya supaya berhati-hati terhadap ancaman Genoa apabila kedua-dua pasukan berentap di Stadio Luigi Ferraris, awal pagi esok.
PSG berkenan dengan pemain veteran Juventus
Ketika Gianluigi Donnarumma berdepan kritikan ekoran prestasinya, kini tular berita bahawa Paris Saint-Germain meminati seorang penjaga gol veteran.
Federico Gatti pastikan Juventus di puncak Serie A
Federico Gatti meledak jaringan di hujung perlawanan untuk meletakkan Juventus di kedudukan teratas Serie A menerusi kemenangan 2-1 ketika menentang Monza. awal pagi tadi.
Serie A: Ikat Juventus, Inter Milan kekal berkelebihan dua mata di puncak liga
Inter Milan kekal berkelebihan dua mata di puncak Serie A selepas bangkit dari ketinggalan untuk seri 1-1 ketika berdepan Juventus.
Derby d’Italia: Juventus tidak cadang rombakan besar cabar Inter
Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri, tidak bercadang untuk merombak pasukannya ketika menentang Inter Milan apabila dua pasukan di tangga teratas bertembung awal pagi esok.
Serie A: Fabio Miretti wira Juventus atasi Fiorentina
Gol awal yang dijaringkan Fabio Miretti memberikan Juventus kemenangan tipis 1-0 ke atas Fiorentina dalam perlawanan Serie A di Stadio Artemio Franchi awal pagi tadi.
'When we are bad, we are so bad' – Pochettino slams inconsistent Chelsea after Arsenal rout
'We are so bad' – Pochettino
Thomas Cup: Former national shuttlers will plot to steer Hong Kong to Malaysia upset
When Malaysia open their Thomas Cup Group D campaign against Hong Kong this Saturday, the contingent will be up not just against the shuttlers, but also two Malaysian coaches in their setup.
NBA: Mavericks, Pacers even series; Timberwolves take 2-0 lead
Mavericks, Pacers even series
Title-chasing PSG ready for tough game at Lorient, says boss Luis Enrique
Luis Enrique eyes Ligue 1 prize
Mikel Arteta salutes ‘unbelievable’ Kai Havertz after another impressive display
Enzo Maresca delighted as ‘fantastic’ Leicester move to brink of promotion
Garry Monk unhappy with penalty decision that cost Cambridge two valuable points
Grant McCann hails ‘outstanding’ response as Doncaster close on play-off spot
Darrell Clarke urges Cheltenham fans to get behind team in bid to stay up
They must win at Stevenage and hope Burton fail to beat Fleetwood and or Cambridge lose to Port Vale.