JUVENTUS 2 MONZA 1

Juventus mara ke suku akhir Coppa Italia selepas menewaskan Monza 2-0 di Stadium Allianz awal pagi tadi.

Federico Chiesa, yang dimasukkan sebagai pemain gantian dalam babak kedua, muncul wira apabila sepakan lencongnya menerjah gawang lawan pada 12 minit terakhir.

Moise Kean terlebih dahulu meletakkan Juve di depan seawal minit kelapan tetapi kelebihan itu dipadamkan Mattia Valoti pada minit ke-24.

Kean terlebih dahulu menjaringkan gol kemenangan buat Juve tetapi jaringan berkenaan dibatalkan kerana ofsaid dan Chiesa tidak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol kemenangan pasukannya tidak lama selepas itu.

Kedua-dua pasukan itu akan kembali bertemu dalam saingan Serie A di venue sama hujung minggu depan.