Copa Libertadores: Peluang sama rata Boca Juniors-Santos

Shaiful Shamsudin
January 7, 2021 01:36 MYT
BOCA JUNIORS 0 SANTOS 0
Boca Juniors diikat 0-0 oleh Santos dalam pertemuan pertama separuh akhir Copa Libertadores, sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan buntu mencipta jaringan di sebalik dalam pertembungan hebat di La Bombonera itu.
Keputusan seri tanpa gol dengan hanya empat percubaan tepat diilhamkan bakal menyaksikan kedua-dua pasukan memiliki perlawanan terbuka menjelang aksi timbal balik di Santos, Khamis depan.
Percubaan Sebastian Villa menggegar palang gol buat juara enam kali, Boca, itu pada minit kelapan sebelum penyerang itu dikesan ofsaid.
Kedua-dua pasukan saling mengasak tetapi sukar untuk menembusi kubu lawan.
Santos, yang kali terakhir mara ke final Cipa Libertadores pada 2011, merayu diberikan sepakan penalti pada minit-minit akhir perlawanan berikutan Marinho dikasari Carlos Izquierdoz tetapi tidak diendahkan pengadil.

⏱️¡Comenzó el segundo tiempo! ⚽️@BocaJrsOficial 0-0 @SantosFC ? Ida semifinales de la #Libertadores pic.twitter.com/emXDKH7RbT

— CONMEBOL Libertadores (@Libertadores) January 6, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Boca Juniors #Santos #Copa Libertadores