Copa Libertadores: Athletico Paranaense atasi Palmeiras dalam separuh akhir pertama

Muzaffar Musa
August 31, 2022 12:52 MYT
Athletico Paranaense selangkah untuk ke final Copa Libertadores apabila meraih kemenangan 1-0 ke atas juara bertahan, Palmeiras, dalam aksi separuh akhir pertama di Arena da Baixada hari ini.
Athletico tidak pernah layak ke final sejak kali terakhir melakukannya ketika bertemu Sao Paulo pada 2005 manakala Palmeiras pula merupakan juara bagi edisi 2020 dan 2021.
Dalam perlawanan kali ini, Palmeiras mengawal 64 peratus permainan dan melakukan empat percubaan tepat tetapi satu-satunya percubaan yang dilakukan Athletico berhasil memberikan mereka kemenangan.
Jaringan itu hadir pada minit ke-23, di mana satu usaha mengeluarkan bola daripada pertahanan pasukan pelawat melambung tinggi sebelum pemain berusia 17 tahun, Vitor Roque, mempamerkan kawalan bola terbaiknya untuk melakukan umpanan yang mudah disudahkan Alex Santana dari jarak enam ela.
Dengan jaringan itu, Athletico lebih memilih untuk bertahan sepanjang baki perlawanan dan mereka hanya dapat menguasai 28 peratus penguasaan dalam babak kedua selain turut terpaksa melakukannya dengan 10 pemain selepas Hugo Moura dilayangkan kad kuning kedua berikutan insiden bola terkena tangan pada minit ke-70.
Bagaimanapun, pasukan tuan rumah itu berhasil mempertahankan kelebihan satu gol mereka menjelang aksi kedua di laman Palmeiras minggu depan.

⭐?⚽ What a finish from Alex Santana to give @AthleticoPR a first-leg win against @Palmeiras! pic.twitter.com/52HqomxZ9b

— CONMEBOL Libertadores (@TheLibertadores) August 31, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Palmeiras #Copa Libertadores #Athletico PR
;