Copa del Rey: Jaringan Abde pastikan Osasuna bawa bekalan ke laman Athletic Bilbao
Muzaffar Musa
March 2, 2023 10:09 MYT
March 2, 2023 10:09 MYT
OSASUNA 1 ATHLETIC BILBAO 0
Ez Abde menjaringkan gol tunggal pada minit ke-47 untuk Osasuna menewaskan Athletic Bilbao 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Copa del Rey awal pagi tadi.
Osasuna tewas kepada Real Betis dalam final edisi 2004-05 tetapi mereka kini di landasan tepat untuk layak ke penentuan gelaran kejohanan itu buat kali kedua selepas mencatatkan kemenangan tipis di laman sendiri, Estadio El Sadar.
Aksi sepanjang babak pertama berlangsung perlahan, di mana kedua-dua pasukan bergelut untuk mencipta impak dan jaringan.
Bagaimanapun, sebaik babak kedua bermula, Osasuna melancarkan satu gerakan serangan balas sebelum Abde melakukan larian ke dalam kawasan penalti dan melepaskan rembatan kencang ke penjuru kanan bawah gawang pelawat.
Athletic kemudian cuba untuk memburu jaringan penyamaan tetapi tidak berhasil dan hanya dapat melakukan dua percubaan tepat sepanjang perlawanan itu.
Peluang terbaik mereka hadir menerusi pemain gantian, Goroka Guruzeta, pada penghujung permainan tetapi sepakan lemah pemain itu mudah diselamatkan Sergio Herrera.
Kedua-dua pasukan itu akan kembali bertemu dalam perlawanan timbal balik di San Mames pada 4 April ini.
2 - Abdessamad Ezzalzouli has scored in consecutive games for the first time in all competitions for Osasuna (two goals), scoring one more goal than in his 18 previous matches for the club (one goal). Ultrasonic. pic.twitter.com/LCcRC2L0Cf
— OptaJose (@OptaJose) March 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.