VENEZUELA 1 MEXICO 0

Salomon Rondon menjaringkan gol sepakan penalti dalam separuh masa kedua untuk memastikan Venezuela layak ke suku akhir Copa America dengan mengatasi Mexico 1-0 dalam aksi Kumpulan B di California sebentar tadi.

Rondon tidak mensia-siakan peluang pada minit ke-57 itu selepas insiden Jon Aramburu dijatuhkan Julian Quinones.

Jaringan itu menyaksikan Rondon melebarkan rekod jaringannya kepada 42 gol selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman Venezuela.

Mexico turut memperoleh sepakan penalti pada penghujung permainan selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati bola terkena tangan Miguel Navarro tetapi sepakan lemah Orbelin Pineda mudah diselamatkan Rafael Romo.

Kemenangan itu menyaksikan Ecuador mendahului Kumpulan B selepas mengumpulkan enam mata daripada dua perlawanan dan sah akan ke kelompok lapan pasukan terbaik berbaki satu perlawanaan peringkat kumpulan.