Copa America: Uruguay matikan samba, hantar Brazil ke penyingkiran

Najmi Iman
July 7, 2024 11:31 MYT
URUGUAY 0 (4) BRAZIL 0 (2)
Uruguay melangkah ke separuh akhir Copa America selepas menumpaskan Brazil dalam penentuan sepakan penalti yang berlangsung di Stadium Allegiant, sebentar tadi.
Suhu perlawanan kian hangat sepanjang 90 minit permainan susulan kedua-dua pasukan sering merencanakan serangan bertali arus mengasak kubu pertahanan lawan untuk mendahului kedudukan namun, keputusan kekal seri tanpa gol sehingga tamat aksi.
Juara Piala Dunia lima kali itu gagal menyudahkan peluang menerusi Eder Militao dan Douglas Luiz yang tidak menyempurnakan sepakan penalti untuk memberi kelebihan buat Uruguay.
Manuel Ugarte menjadi wira Uruguay selepas berjaya membolosi gol melalui sepakan penalti terakhirnya yang membawa pasukan itu ke peringkat seterusnya.

Uruguay take the last semi final berth after a penalty shoot win over Brazil!#CopaAmerica2024 #URUBRA pic.twitter.com/7Yw92icNr9

— Stadium Astro ?? (@stadiumastro) July 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas ini, Uruguay akan bertemu Columbia yang mengalahkan Panama 5-0 di perlawanan separuh akhir untuk memperlihatkan siapakah yang akan ke perlawanan akhir, Khamis ini.
#bola sepak #Brazil #Uruguay #Copa America