Copa America: Uruguay kecewakan Kanada, muncul pasukan ketiga terbaik kejohanan

Ammar Hakim
July 14, 2024 10:32 MYT
Skuad Uruguay kendalian Marcelo Bielsa berjaya memadamkan kekecewaan impian merangkul gelaran Copa América ke-16 apabila menamatkan saingan di tempat ketiga edisi 2024 menerusi penentuan penalti 4-3 ke atas Kanada.
Di sebalik dilihat sebagai pasukan pilihan kejohanan, Uruguay gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan peringkat penyingkiran. Bagaimanapun, La Celeste tidak mengambil masa yang lama untuk memecah kebuntuan. José Maria Giminéz berjaya mencari sepasukan, Rodrigo Bentancur menjaringkan gol dalam tempoh 10 minit waktu permainan.
Sebagai wakil Amerika Utara yang masih lagi beraksi dalam kejohanan tersebut, Kanada berjaya menyamakan kedudukan menerusi sentuhan akrobatik Ismaël Koné.
Menamatkan saingan dalam kelompok tiga terbaik bakal menjadi satu pencapaian yang tinggi buat Kanada, berjaya mendahului permainan selepas Jonathan David menyempurnakan jaringan.
Ketika kemenangan semakin hampir buat Kanada, pemain gantian, Luis Suárez membuktikan pengalamannya sekaligus mengheret permainan ke penentuan penalti.
Bagaimanapun, kegagalan Kone dan Alphonso Davies melengkapkan penalti membuka ruang buat Uruguay menamatkan saingan selaku pasukan ketiga terbaik kejohanan.
#Uruguay #Copa America #Kanada