Copa America: Skuad Brazil terburuk sepanjang zaman


July 8, 2024 15:22 MYT

Media Brazil tidak menunggu masa yang lama untuk melontarkan kritikan pedas terhadap skuad Samba kendalian Dorival Junior selepas mereka tersingkir daripada kejohanan Copa America 2024.

Brazil tersingkir di suku akhir apabila tumpas kepada Uruguay 4-2 menerusi penentuan penalti selepas perlawanan berakhir tanpa jaringan di Stadium Allegiant, Las Vegas pada Ahad.

Turun tanpa khidmat Vinicius Junior yang digantung perlawanan menyaksikan juara sembilan kali kejohanan itu bergelut untuk mencipta peluang, walaupun mempunyai kelebihan pemain pada lewat babak kedua apabila pemain Uruguay, Nahitan Nandez dilayangkan kad merah.

Persembahan hambar Brazil mendapat maklum balas negatif daripada akhbar Brazil yang rata-rata melabel skuad kali ini adalah terburuk dalam sejarah.

FIM DE JOGO! ?? x ?? A Seleção Brasileira se despede da Copa America. Nos pênaltis, com 4x2, o Uruguai classifica para próxima fase.#ThisIsBrasil #CopaAmerica2024 #BRAxURU pic.twitter.com/15R2Zo2Fc4

— CBF Futebol (@CBF_Futebol) July 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Akhbar Leo Dias meletakkan 'memalukan' sebagai tajuk utamanya mengenai kekalahan Brazil.

Sementara Folha melabelkan skuad Brazil kali ini sebagai tiada harga diri.

Dalam pada itu, legenda Brazil, Ronaldinho amat kecewa dengan perjalanan skuad Samba di Copa America dan menganggap pemain yang disenaraikan ke kejohanan itu lembik, cepat berputus asa dan kuat 'merengek' di atas padang.

“Tiada pemain yang boleh jadi ketua yang dihormati dan saya tidak pernah melihat situasi teruk seperti ini.

“Persembahan mereka amat menyedihkan dan ini mungkin skuad paling buruk yang saya pernah lihat,” katanya.

Sergio Rochet ❌ pic.twitter.com/arenlwRwUz

— CONMEBOL Copa América™️ ENG (@copaamerica_ENG) July 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara itu, Dorival memberitahu wartawan selepas perlawanan bahawa dia memikul tanggungjawab di atas kegagalan Brazil.

“Ini bukanlah keputusan yang kami harapkan tetapi masih ada ruang untuk perbetulkan kesilapan, bangkit dan maju pada masa hadapan,” ujarnya. - Sinar Harian

#bola sepak #Brazil #Copa America