Copa America: Ronaldinho kecewa dengan pasukan Brazil

Najmi Iman
June 15, 2024 01:28 MYT
Legenda Brazil, Ronaldinho, meluahkan hasrat tentang kekecewaannya dan menegaskan bahawa dia tidak akan menyokong pasukan kebangsaan itu menjelang kejohanan Copa Amerika, minggu depan.
Juara Piala Dunia sebanyak lima kali itu tidak mempunyai prestasi yang baik malah, Brazil tidak melepasi peringkat suku akhir kejohanan tersebut sejak 2002 dan meraih gelaran naib juara Copa Amerika edisi lalu susulan tewas kepada juara Piala Dunia 2022, Argentina.
Menerusi ciapan daripada wartawan bola sepak terkemuka, Fabrizio Romano, bekas pemain Barcelona itu tidak akan menonton sebarang aksi pasukan kendalian Dorival Junior yang menggalas misi mencari kejuaaran pertamanya.

??? Ronaldinho: “That’s it guys, I will not watch any Brazil game at the Copa América nor celebrate any victory”. “I’ve had enough. It’s a sad moment for those who love Brazilian football. It’s hard now to find the spirit to watch the games”. “It’s one of the worst teams in… pic.twitter.com/kar0Fe2rmM

— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tidak kira apa, ia merupakan saat yang paling menyedihkan buat peminat bola sepak Brazil dan tiada semangat untuk menonton mereka bermain.
"Skuad terkini merupakan pasukan paling teruk dalam sejarah selain tiada individu yang dihormati dan sekadar dibarisi pemain biasa sahaja," katanya.
#Brazil #Ronaldinho #Copa America