Copa America: Rakan senegara Cristiano Ronaldo kini jadi 'individu paling dibenci seluruh Portugal'
Ammar Hakim
July 16, 2024 13:46 MYT
July 16, 2024 13:46 MYT
Penyokong meluahkan pandangan mereka menerusi laman sosial selepas menyaksikan rakan senegara Cristiano Ronaldo, Joao Felix, berada di Stadium Hard Rock menyaksikan kejayaan Argentina menjulang Copa America semalam.
Jaringan Lautaro Martinez dalam masa tambahan menjadi pemisah antara Argentina dan Colombia, menyaksikan La Albiceleste mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dalam edisi lalu selepas memastikan tiga gelaran berjaya dijulang dalam tempoh tiga tahun yang lalu.
Tangisan pemain terbaik dunia, Lionel Messi, yang gagal memberikan sebarang impak dalam aksi final itu namun rakan sepasukannya memastikan bintang Inter Miami itu terus memperoleh kejayaan di pentas antarabangsa.
Joao Felix was in attendance at Hard Rock Stadium to see Messi and Argentina lift the Copa America trophy ? (? phraa/IG) pic.twitter.com/VcNFMxZZLC
— ESPN FC (@ESPNFC) July 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Apa yang menarik perhatian adalah rakan sepasukan Ronaldo, Felix yang membuat penampilan menyaksikan aksi final tersebut.
Pemain yang dipinjamkan ke Barcelona itu sebelum ini telah menerima kritikan hebat apabila kegagalannya untuk melengkapkan sepakan penalti ketika Portugal disingkirkan Perancis dalam suku akhir Euro 2024.
Menerusi X, penyokong memberikan pandangan terhadap pemain tersebut.
"Selepas menggagalkan negara sendiri. Dia mungkin individu paling dibenci seluruh Portugal ketika ini. Sudah pasti dia adalah peminat Messi."
"Dia datang menyaksikan keajaiban sebenar di Miami."
"Satu pengalaman menakjubkan buat Joao Felix! Menyaksikan Messi dan Argentina menjuarai Copa America di Stadium Hard Rock merupakan sesuatu yang tidak akan dapat dilupainya."