Copa America: Penjaga garisan tumbang ketika aksi Peru-Kanada

Muzaffar Musa
June 26, 2024 10:05 MYT
PERU 0 KANADA 1
Seorang penjaga garisan sewaktu perlawanan Copa America di antara Peru dan Kanada di Kansas City sebentar tadi tumbang dan terpaksa diusung pasukan perubatan berikuat cuaca panas mencecah 38 darjah celsius.
Dalam separuh masa perlawanan itu, penjaga garisan, Humberto Panjoj, kelihatan pengsan dan tidak sedarkan diri di atas padang.
Berdasarkan laporan Athletics, suhu di kawasan itu sewaktu perlawanan berkenaan berada di sekitar 33 darjah celsius tetapi berasa seperti 38 darjah celsius dengan 51 peratus kelembapan.
Pengumuman sewaktu separuh masa mengesahkan pegawai berkenaan sedang dirawat oleh staf perubatan. Dia diusung keluar padang dan mendapat tepukan daripada penonton.
Panjoj perlu menjalami rawatan lanjut dan perlawanan Kumpulan A itu kemudian diteruskan sehingga tamat, di mana Kanada menang 1-0 hasil jaringan Jonathan David pada minit ke-74 selepas Peru terpaksa beraksi dengan 10 pemain berikutan layangan kad merah buat Miguel Araujo pada minit ke-59.
#bola sepak #Peru #Copa America #Kanada
;