Copa America: Mexico beri ancaman besar, Jamaica tiada ruang bangkit

Najmi Iman
June 23, 2024 03:17 MYT
MEXICO 1 JAMAICA 0
Mexico membuka kempen Copa America dengan langkah kanan selepas membenam lawan dari Jamaica di Stadium NRG, sebentar tadi.
Perlawanan yang menyaksikan Mexico menguasai keseluruhan permainan berjaya menghasilkan 20 percubaan sambil diberikan asakan bertubi-tubi oleh Jamaica untuk memecahkan kebuntuan penyudah yang kurang bernasib baik.
Gerardo Daniel Arteaga menjadi penjaring tunggal aksi tersebut selepas sepakan derasnya membelah lautan pertahanan Jamaica sambil menewaskan penjaga gol untuk memberi kelebihan buat anak-anak buah Jaime Lozano.
Keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan sekali gus memberikan tiga mata penuh yang pertama buat Mexico untuk menghuni tempat teratas kumpulan B.
#bola sepak #Mexico #Copa America