Copa America: Gol tunggal Paqueta bawa Brazil ke separuh akhir
Muzaffar Musa
July 3, 2021 12:29 MYT
July 3, 2021 12:29 MYT
Juara bertahan, Brazil, meneruskan misi untuk mempertahankan gelaran mereka dengan menewaskan Chile 1-0 untuk mengesahkan laluan ke separuh akhir Copa America hari ini.
Dalam perlawanan suku akhir di Rio de Janeiro itu, pemain gantian, Lucas Paqueta, menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-46 sebelum Gabriel Jesus dilayangkan kad merah dua minit berselang.
Jesus dilayangkan kad merah gara-gara mengangkat tinggi kakinya ke arah muka pemain Chile, Eugenio Mena, tetapi pasukan kendalian Tite itu kental bertahan sehingga penghujung permainan untuk mencongak perhitungan dengan naib juara edisi 2019, Peru, dalam separuh akhir.
Brazil turun dalam perlawanan kali ini dengan rekod kemenangan ke atas Chile sejak edisi lalu -- di mana mereka menjaringkan 11 gol dan hanya dibolosi satu sejak perlawanan itu dan rekod 10 kemenangan berturut-turut mereka berakhir selepas terikat dengan Ecuador dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Chile pula menurunkan bintang utama, Alexis Sanchez, buat kali pertama dalam edisi ini selepas pulih daripada kecederaan betis tetapi masih gagal menempatkan diri selaku empat pasukan terbaik biarpun berkelebihan seorang pemain hampir keseluruhan babak kedua.
#CopaAmérica ? QUE GOLAÇO! Lucas Paquetá definiu uma grande jogada para abrir 1-0 do @cbf_futebol ?? Brasil ? Chile ??#VibraElContinente #VibraOContinente pic.twitter.com/p8TZKvqlxi
— Copa América (@CopaAmerica) July 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.