Copa America: Ecuador hidup peluang ke suku akhir atasi Jamaica
Muzaffar Musa
June 27, 2024 10:29 MYT
June 27, 2024 10:29 MYT
Ecuador menghidupkan peluang untuk layak ke suku akhir Copa America apabila menewaskan Jamaica 3-1 dalam perlawanan Kumpulan B di Las Vegas sebentar tadi.
Keputusan itu turut menyaksikan peluang Reggae Boyz untuk layak ke pusingan kalah mati kian berkubur selepas mencatatkan dua kekalahan.
Ecuador mendahului seawal minit ke-13 apabila lintangan Piero Hincapie terbias ke kaki Kasey Palmer sebelum menuju ke gawang sendiri.
Pasukan America Selatan itu menggandakan kelebihan mereka melalui sepakan penalty Kendry Paez sebelum wisel separuh masa selepas bola didapati terkena tangan Gregory Leigh.
Alan Minda kemudian memastikan kemenangan itu dengan jaringan ketiga Ecuador dalam waktu kecederaan.
Disebalik kekalahan itu, Jamaica menamatkan penantian jaringan pertama mereka dalam kejohanan itu menerusi Michail Antonio pada minit ke-54.
Kemenangan itu juga memberikan Ecador tiga mata pertama selepas tewas kepada Venezuela dalam aksi pembukaan.