Barisan pemain Uruguay dilaporkan bertempur dengan penyokong Colombia selepas mereka tersingir dalam separuh akhir Copa America sebentar tadi.

Antara yang dilihat terlibat dengan pertempuran itu ialah bintang Liverpool, Darwin Nunez.

Uruguay gagal ke final Copa America selepas tewas 0-1 kepada Colombia gara-gara jaringan tunggal Jefferson Lerma pada minit ke-39.