Copa America: Brazil mulakan kempen dengan tewaskan Venezuela

Muzaffar Musa
June 14, 2021 09:08 MYT
BRAZIL 3 VENEZUELA 0
Neymar menemui sasaran ketika Brazil memulakan misi mempertahankan gelaran Copa America dengan menewaskan Venezuela 3-0 di Estadio Nacional hari ini.
Menjadi tuan rumah selepas kejohanan itu dipindahkan dari Colombia dan Argentina berikutan peningkatan kes dan kematian disebabkan COVID-19, Brazil tidak berdepan sebarang masalah untuk menewaskan Venezuela, yang terjejas gara-gara 12 ahli pasukan mereka dilaporkan positif koronavirus minggu lalu.
Marquinhos meletakkan Brazil di depan pada pertengahan babak pertama menerusi gol ketiganya di peringkat antarabangsa sebelum rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, menggandakan kelebihan itu dengan menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-64.
Brazil -- yang menamatkan perlawanan itu dengan 18 percubaan berbanding tiga yang dihasilkan Venezuela -- menambah gol ketiga pada lewat permainan apabila pemain gantian, Gabriel Barbosa, menyudahkan hantaran Neymar dari jarak dekat.
Seterusnya, kedua-dua pasukan akan kembali beraksi Khamis ini dengan Brazil menghadapi Peru di Rio de Janeiro manakala Venezuela pula berdepan Colombia di Genoa.

#CopaAmérica ? @neymarjr ???? ?? Brasil ? Venezuela ??#VibraElContinente #VibraOContinente pic.twitter.com/j0trGuItBQ

— Copa América (@CopaAmerica) June 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Neymar #Brazil #Venezuela #Copa America
;