Copa America: Brazil kekal skuad 26 pemain

Shaiful Shamsudin
June 17, 2024 10:47 MYT
Dorival Junior mengekalkan tempat dalam skuad 26 pemain Brazil bagi mengharungi kempen Copa America 2024.
Pemain Juventus, Bremer, pemain tengah Atalanta, Ederson, dan penyerang Porto, Pepe, kesemuanya tersenarai selepas peraturan baru Konfederasi Bolasepak Amerika Syarikat (CONMEBOL) membenarkan setiap pasukan mendaftarkan 26 pemain.
Pemain Brazil itu sudah pun terpaksa membuat perubahan selepas pemain Manchester City Ederson diketepikan kerana kecederaan yang dialami pada penghujung musim Liga Perdana, dengan Rafael dibawa masuk menggantikannya.
Lucas Paqueta juga mengekalkan tempatnya selepas Persatuan Bolasepak Brazil (CBF) mengesahkan dia dibenarkan kekal bersama skuad itu walaupun sedang berdepan dakwaan Persatuan Bolasepak (FA) di England kerana didakwa melanggar peraturan pertaruhan.

CONVOCADOS COPA AMÉRICA ??Agora é pra valer! A Seleção Brasileira inscreveu oficialmente os 26 jogadores que estarão presentes para disputar a Copa América representando o Brasil.VAAAAMOOOO ???? pic.twitter.com/UlflrNyxCi

— CBF Futebol (@CBF_Futebol) June 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Casemiro, Gabriel Jesus dan Thiago Silva pula diketepikan daripada skuad sementara yang diumumkan pada Mei lalu, manakala Richarlison dan Neymar kedua-duanya tercicir akibat kecederaan.
Brazil merupakan juara sembilan kali dan akan memulakan kempen Copa America dengan bertemu Costa Rica, Selasa depan, sebelum turut berdepan Paraguay dan Colombia dalam Kumpulan D.
SENARAI 26 PEMAIN BRAZIL:
Alisson (Liverpool), Bento (Atletico PR), Rafael (Sao Paolo), Beraldo (PSG), Bremer (Juventus), Eder Militao (Real Madrid), Gabriel (Arsenal), Marquinhos (PSG), Danilo (Juventus), Yan Couto (Girona), Guilherme Arana (Atletico MG), Wendell (Porto), Andreas Pereira (Fulham), Bruno Guimaraes (Newcastle), Douglas Luiz (Aston Villa), Ederson (Atalanta), Joao Gomes (Wolves), Lucas Paqueta (West Ham), Endrick (Palmeiras), Evanilson (Porto), Gabriel Martinelli (Arsenal), Pepe (Porto), Raphinha (Barcelona), Rodrygo (Real Madrid), Savinho (Girona), Vinicius Junior (Real Madrid).
#Brazil #Copa America