Liverpool adalah contoh untuk diikuti oleh jurulatih Tottenham, Antonio Conte, yang tidak mempunyai masalah dengan komen Jurgen Klopp mengenai gaya permainan Spurs.

Spurs menerima kunjungan Liverpool Ahad ini dengan kedua-dua pasukan dipisahkan dengan 10 mata.

Ketika skuad bimbingan Conte di tanggan ketiga, lima mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal, Liverpool menuju ke perlawanan ini dengan dua kekalahan berturut-turut kepada Nottingham Forest dan Leeds United, menyaksikan mereka menghuni tangga kesembilan.

Musim lalu, kedua-dua pertemuan di antara Liverpool dan Spurs berakhir dengan seri, 2-2 di Stadium Tottenham Hotspur pada Disember, manakala aksi di Anfield pada bulan Mei berakhir 1-1.

Klopp kecewa dengan pendekatan bertahan Conte, berkata, "Saya tidak gemar permainan bola sepak itu. Saya tidak boleh menggunakannya. Saya berasakan mereka adalah pemain berkelas dunia dan seharusnya melakukan lebih untuk bola sepak -- pemain berkelas dunia melakukan halangan percubaan pasukan lawan."

Conte menepis ulasan Klopp, menegaskan tiada masalah antara dirinya dan pengurus Liverpool itu, namun pengendali dari Itali itu menjelaskan keputusan perlawanan mereka memaksa The Reds terlepas gelaran liga.

“Ya, tetapi jika anda ingat mereka kalah dalam EPL kerana keputusan itu.

"Saya faham kekecewaannya. Mereka kehilangan gelaran untuk dua mata ini. Tetapi anda tahu, sebaliknya kami layak ke Liga Juara-Juara dengan keputusan seri itu.

“Tidak mengapa, setiap jurulatih perlu bercakap untuk pasukannya -- dan bagi setiap jurulatih adalah penting untuk memahami strategi terbaik untuk mencapai keputusan yang baik.

“Sejujurnya, saya telah melihat sekali lagi perlawanan terakhir kami menentang Liverpool dan, jika ada pasukan yang layak menang, ia adalah Tottenham, bukan Liverpool.

“Tetapi saya faham selepas perlawanan apabila anda berasakan anda kalah dalam EPL untuk mengatakan sesuatu yang salah terhadap pasukan lain, tetapi dia telah meminta maaf kerana dia faham.

"Tiada masalah untuk saya. Apabila anda marah, kadang-kadang sukar untuk mengawal emosi anda."