Conte harap Ranieri berjaya bersama Roma
Ammar Hakim
November 23, 2024 08:11 MYT
November 23, 2024 08:11 MYT
Antonio Conte berharap segala-galanya akan berjalan lancar untuk Claudio Ranieri selepas dia keluar daripada persaraan untuk mengendalikan Roma.
Ranieri tergoda kembali ke dalam bidang pengurusan dengan kembali ke tempat dia bermula sebagai pemain. Tempoh ketiganya di Roma datang selepas kelab itu telah memecat dua jurulatih musim ini dan dengan pasukan ke-12 dalam Serie A.
Lawatan ke pendahulu Napoli adalah tugas pertama Ranieri, dan Conte tidak sabar untuk bertemu dengan pengendali berusia 73 tahun itu.
"Saya gembira melihat Claudio, saya sangat menghargainya dan ada juga persahabatan," kata Conte menjelang perlawanan esok.
"Saya gembira dengan peluang yang diberikan kepadanya. Ia akan menjadi perlawanan yang sukar, untuk kami dan untuk mereka. Tahun lalu, Roma menamatkan saingan di hadapan Napoli, mereka berada di Liga Europa dan mempunyai jendela perpindahan yang baik.
"Mereka tidak beraksi mengikut jangkaan dan saya berharap untuk Claudio semuanya akan mula berfungsi selepas perlawanan Ahad ini."
Ketibaan Ranieri menggantikan Ivan Juric membawa bukan sahaja membawa semangat 'pengurus baru' tetapi juga mengganggu rancangan Conte untuk perlawanan itu.
"Apabila pasukan bertukar jurulatih, ia akan mengubah semangat dan cara pasukan itu bermain," kata Conte.
"Ia mungkin akan menyukarkan kami, kita akan lihat dalam perlawanan ini."