Shaiful Shamsudin
Fri Oct 27 2023

Mauricio Pochettino berkata Chelsea boleh mendapatkan khidmat Christopher Nkunku selepas rehat antarabangsa bulan depan selepas pemulihan kecederaan lututnya pulih lebih cepat daripada jangkaan awal.
Pemain berusia 25 tahun itu -- yang cedera dalam perlawanan persahabatan menentang Borussia Dortmund dalam jelajah pra-musim kelab itu di Amerika Syarikat (AS) -- dijangka akan diturunkan sehingga sekurang-kurangnya Disember depan tetapi skala masa itu telah dianjakkan ke depan, sekali gus meningkatkan kemungkinan bahawa bakal membuat penampilan sulung kompetitif yang sekian lama dinantikan apabila pasukan itu dijadual bertemu Newcastle di St James's Park pada 25 November depan.
Kehilangan Nkunku -– yang merupakan penjaring terbanyak bersama musim lalu dalam Bundesliga dengan 16 gol –- beberapa minggu selepas melengkapkan perpindahan £52 juta daripada RB Leipzig merupakan tamparan besar kepada persiapan Pochettino menjelang kempen baru ini, apatah lagi dia menjadi pemain yang menonjol selama dua minggu di AS.
Dan ketiadaannya amat terasa sebaik musim Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula dengan The Blues sekadar merakamkan lima gol dalam enam perlawanan pertama liga -- satu catatan yang menyaksikan mereka gagal menjaringkan sebarang gol pada September lalu.
Bagaimanapun, mereka semakin tajam di depan gawang dalam tiga perlawanan terakhir yang menyaksikan mereka telah menggandakan angka jaringan kepada dua kali ganda, tetapi dengan berita kepulangan pemain antarabangsa Perancis itu yang akan kembali lebih awal akan memberikan rangsangan untuk barisan Pochettino berkenaan dia menghadapi perlawanan getir.
Selepas pertemuan dengan Brentford di Stamford Bridge, Chelsea perlu melalui ujian Tottenham, Manchester City, Newcastle, Brighton dan Manchester United.
“(Nkunku) berlatih dengan cukup bagus, dia bekerja keras, saya rasa dia sudah dekat untuk beraksi,” kata pengurus itu.
“Kami mungkin dapat melibatkannya semula dengan secepat mungkin.
“Selepas perlawanan antarabangsa seterusnya mungkin dia boleh diturunkan.
“Dia seorang pemain yang berdasarkan rekod jaringan musim lalu, anda boleh tahu dia memberikan kami gol dan saya fikir kami kehilangan aspek itu. Itulah sebabnya kami fikir dia seorang pemain yang mampu menjadi tunjang kami.
“Dia telah membuktikan ketajaman dalam Bundesliga. Jika hari ini kami mempunyai lapan atau 10 gol daripada Nkunku, mungkin kedudukan kami akan berbeza sama sekali.
“Kami cuma kurang daripada segi jaringan untuk berada di kedudukan berbeza.
"Kami tidak bernasib baik tetapi kami tidak boleh merungut, kami perlu bekerja keras.
"Kami tidak sudah sabar lagi untuk melihatnya pulih dan membantu pasukan untuk berada di kedudukan yang berbeza."

EPL: Pemain Chelsea buat Pochettino hilang sabar
Mauricio Pochettino "marah dan kecewa" selepas menyaksikan Chelsea dibelasah 1-4 di Newcastle dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL), tengah malam tadi.

EPL: Reece James akan kembali berdepan Newcastle -- Mauricio Pochettino
Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino, mengesahkan Reece James bakal kembali ke dalam kesebelasan utama menjelang pertemuan dengan Newcastle United malam ini.

Emma Hayes puji melambung kecergasan Sam Kerr
Emma Hayes memuji tahap kecergasan Sam Kerr selepas hatriknya membantu Chelsea menang 4-1 pada aksi Liga Juara-Juara menentang Paris FC di Stamford Bridge.

‘Cold’ Palmer angkat martabat Chelsea
Manchester City merupakan kelab yang jarang sekali tersilap percaturan dalam hal-ehwal pembelian atau penjualan pemain.

Cole Palmer penyelamat Chelsea
Walaupun juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City, berjaya mendahului Chelsea dan mendominasi permainan, anak didik Mauricio Pochettino itu berjaya bangkit pada saat-saat akhir untuk menyamakan kedudukan.

EPL: Cole Palmer pastikan Chelsea ikat Manchester City dalam perlawanan padat aksi
Cole Palmer menjaringkan gol sepakan penalti pada lewat permainan untuk memastikan Chelsea mengikat bekas kelabnya, Manchester City, 4-4 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) penuh aksi di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Trofi domestik jadi penawar kekecewaan Chelsea
Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino, menuntut anak buahnya agar menjadikan ketiadaan kejohanan di peringkat Eropah musim sebagai azimat untuk mendominasi saingan domestik.

Piala EFL: Chelsea elak kecederan Reece James berulang
Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino, mengambil pendekatan berhati-hati berhubung minit permainan ketua pasukan, Reece James, yang memulakan perlawanan buat kali kedua musim ini dalam kemenangan 2-0 Piala Liga Inggeris (EFL), awal pagi tadi.

Piala EFL: Pochettino tagih sokongan peminat Chelsea
Mauricio Pochettino menyeru penyokong Chelsea agar mempamerkan kepercayaan kepada barisan kendalian selepas kekalahan 0-2 kepada Brentford yang menyebabkan mereka erperosok di zon bawahan Liga Perdana Inggeris (EPL).

EPL: Pochettino makin resah Chelsea tiada bisa
Mauricio Pochettino kesal Chelsea tidak cukup berbisa di jentera serangan apabila membenarkan Brentford menang 2-0 di Stamford Bridge untuk kekalahan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketiga anak buahnya musim ini.

Bruno Fernandes excited for ‘amazing’ atmosphere at Galatasaray
United have lost away to Bayern Munich and Copenhagen and at home to Galatasaray in Group A.

Sheffield United agree to external probe into Maddy Cusack’s death, say family
Former Blades midfielder Cusack died at home in September, aged 27.

Phil Thompson has time for change but not complacency when it comes to Europe
Liverpool are aiming to guarantee top spot in their Europa League group this week.

76ers hand LeBron James worst loss of career
The Philadelphia 76ers dealt LeBron James the worst loss of his career with a 44-point rout of the Los Angeles Lakers on Monday.

Football rumours: Juventus eyeing swoop for Thomas Partey
Arsenal could use money from the sale of the midfielder to fund a move for Villa’s Douglas Luiz.

On this day in 2015: Jamie Vardy scores in 11th game in a row
He finished the season as the league’s second top scorer behind Golden Boot winner Sergio Aguero.

Man City unveil statue of club greats Mike Summerbee, Colin Bell and Francis Lee
The permanent bronze tribute on the west side of the ground captures the three players in dynamic poses characteristic of their styles of play.

‘What is the point of VAR?’ asks angry Gary O’Neil as Wolves lose at Fulham
Willian claimed all three points with a controversial late penalty.

Gary O’Neil says Wolves loss at Fulham may have ‘finally turned him against VAR’
Willian scored a stoppage-time winner from the spot.

Mike Phelan warns Man Utd not to get distracted by fierce Galatasaray atmosphere
This week’s game brings back memories of United’s famous visit to the Turkish giants’ hostile old ground in November 1993.