Selepas membawa Leicester City kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL), pengendalinya, Enzo Maresca, akan memperkuat pasukan Chelsea pula mulai musim depan.

Menurut wartawan bola sepak terkemuka, Fabrizio Romano, The Blues sudah melengkapkan perpindahan jurulatih berbangsa Itali itu menerusi lama X nya.

Dikatakan perjanjian melalui persetujuan bersama itu membawa kepada kontrak selama lima tahun sehingga 2029.

Dalam perkembangan lain, dikatakan bekas jurulatih skuad Jerman, Hansi Flick, akan diperkenalkan sebagai jurulatih baru pasukan Laliga, Barcelona.

Mengikut sumber, dia akan mengikat kontrak dua tahun bersama The Catalan yang akan ditandatangan esok.