Chelsea lepaskan Pierre-Emerick Aubameyang ke Marseille

Shaiful Shamsudin
July 22, 2023 02:39 MYT
Mauricio Pochettino meneruskan 'operasi pembersihan' di dalam kem Chelsea dengan penyerang, Pierre-Emerick Aubameyang, melengkapkan perpindahannya ke kelab Ligue 1 Perancis, Marseille.
Marseille mengesahkan menandatangani pemain antarabangsa Gabon berusia 34 tahun itu bagi mengakhiri sengsaranya di barat London.
Aubameyang menjaringkan satu gol dalam 15 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk The Blues malah diketepikan daripada oleh pengurus ketika itu, Graham Potter untuk peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL), Februari lalu.
Aubameyang berpengalaman luas dalam Ligue 1 memandangkan pernah mewakili St Etienne selama dua tahun dari 2011 dan 2013 selain tempoh pinjaman dengan Dijon, Lille dan Monaco.

?????????? ? The Gabonese bolt lights up ???????? ??⚡️ Welcome to ????????? ?? ????????? ⚪️?#OdysséeMassalia ?️pic.twitter.com/4t1cvO8A2S

— Olympique de Marseille ?? ?? (@OM_English) July 21, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bekas penyerang Arsenal itu menyertai Chelsea dengan kontrak dua tahun daripada Barcelona, September lalu, menerusi perjanjian yang melibatkan khidmat Marcos Alonso.
Namun, dia bergelut sejak Thomas Tuchel dipecat dan semakin jelas bahawa tempohnya di Stamford Bridge tidak akan lama.
#Chelsea #Marseille #Pierre-Emerick Aubameyang