Cerita revolusi Harimau Malaya tarik perhatian Vietnam

Afiq Azfar
January 14, 2025 12:27 MYT
Pembaharuan landskap bola sepak Malaysia yang ingin dicetuskan menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menarik perhatian warganet Vietnam, terutamanya laman portal sukan negara terbabit.
Menerusi laporan VN Express, mereka mengikuti rapat & melaporkan perkembangan terkini revolusi Harimau Malaya termasuklah pengumuman terbaharu Tunku Mahkota Johor, TMJ mengenai beberapa pemain warisan yang sedang dipantau untuk memperkuat Harimau Malaya.
Memetik laporan, laman portal tersebut menjangkakan Harimau Malaya akan tampil lebih kuat dan perlu diberi perhatian kerana desas-desus yang kedengaran mengenai 6-7 pemain warisan yang akan memperkuat skuad negara, disamping pemain-pemain warisan dan naturalisasi sedia ada seperti Endrick dos Santos, Paulo Josue, Fergus Tierney, dan Sergio Aguero.
Turut menjadi perhatian mereka, ialah posisi utama jurulatih pasukan negara yang telah pun diisi oleh Peter Cklamovski, yang dijangka membawa perubahan besar kepada pasukan bola sepak Malaysia, manakala Rob Friend turut dilantik menjadi CEO Harimau Malaya baru-baru ini.
Untuk konteks, Malaysia akan memulakan aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 March 2025, sebelum akan turun menentang Vietnam pada 10 Jun 2025.
#Harimau Malaya #Kelayakan Piala Asia
;