Celtic tandatangani dua pemain Korea Selatan
Muzaffar Musa
July 25, 2023 12:07 MYT
July 25, 2023 12:07 MYT
Celtic melengkapkan proses menandatangani dua pemain muda Korea Selatan dengan membawa masuk Yang Hyun-jun dan Kwon Hyeon-kyu.
Hyun-jun, 21, merupakan pemain sayap yang didatangkan dari Gangwon manakala pemain tengah, Hyeon-kyu, pula tiba dari Busan I-Park.
Kedua-dua pemain itu menandatangani kontrak lima tahun dan akan bergandingan dengan rakan senegara mereka, Oh Hyeon-gyu.
Pengurus, Brendan Rodgers, berkata dalam laman web rasmi Celtic: "Kami gembira dapat mendatangkan Yang ke kelab ini dan saya yakin dia akan menjadi nilai tambah yang hebat ke dalam skuad ini.
? #WelcomeKwon! ?? We are delighted to announce that South Korean midfielder, Hyeokkyu Kwon, has joined the Club on a five-year deal - subject to international clearance ✍? 글래스고의 그린 앤 화이트에 오신 것을 환영합니다! ?⚪
— Celtic Football Club (@CelticFC) July 24, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dia seorang pemain yang sudah lama kami perhatikan dan kami fikir dia akan menambah pilihan di bahagian serangan kami, sudah pasti bersama rakan senegaranya, Oh.
"Dia seorang pemain yang amat menarik dan menjadi pemain muda terbaik Korea Selatan musim lalu, di mana ia sebagai petunjuk mengenai kualiti yang dimilikinya. Saya pasti dia tidak sabar untuk memberikan impak di kelab ini.
"Kami juga amat gembira untuk mendatangkan Kwon ke kelab ini, pada hari yang sama kami mengumumkan ketibaan Yang.
"Sekali lagi, dia seorang pemain yang sudah lama dirisik kelab ini, jadi amat hebat untuk melengkapkan perpindahan ini dan saya tahu pemain ini juga gembira dengan perpindahan ini," katanya.
? #YangIsACelt! Highly-rated South Korean player, Hyunjun Yang, has signed for #CelticFC on a five-year deal - subject to international clearance! ?? 셀틱에 오신 것을 환영합니다! ???
— Celtic Football Club (@CelticFC) July 24, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.