CCL: Seattle Sounders mara ke final buat kali pertama

Muzaffar Musa
April 14, 2022 04:47 MYT
NEW YORK CITY 1 SEATTLE SOUNDERS 1
(Sounders ke final dengan agregat 4-2)
Seattle Sounders mara ke final Liga Juara-Juara CONCACAF (CCL) buat kali pertama dalam sejarah selepas mengikat New York City 1-1 hari ini.
Keputusan dalam separuh akhir kedua di Arena Red Bull itu menyaksikan Sounders lebih unggul dengan agregat 4-2 berbekalkan kemenangan 3-1 dalam perlawanan terdahulu minggu lalu.
Aksi berlangsung dengan agak tegang pada awal permainan, di mana beberapa insiden siku-menyiku berlaku sehingga pemain City, Valentin Castlellanos, dilayangkan kad kuning seawal minit pertama.
Sounders kemudian berada di kedudukan selesa pada minit ke-28 menerusi jaringan Raul Ruidiaz, sekali gus mendahului 4-1 secara agregat.

RAÚÚÚÚÚÚÚÚÚÚÚÚÚÚÚÚÚÚL!! ?? pic.twitter.com/XmLkmvoPYh

— Seattle Sounders FC (@SoundersFC) April 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
City kemudian mengurangkan difisit jaringan hasil sentuhan Santiago Rodriguez pada minit ke-51 tetapi masih belum cukup untuk menghalang kemaraan Sounders ke final.
Sounders akan bertemu Pumas UNAM dalam dua aksi final selepas pasukan itu mengatasi Cruz Azul dalam satu lagi perlawanan separuh akhir semalam.
#bola sepak #Seattle Sounders #New York City #Liga Juara-Juara CONCACAF