Cannavaro yakin Juventus masih berpeluang menang Scudetto

Muzaffar Musa
April 12, 2022 01:35 MYT
Bekas pertahanan Juventus, Fabio Cannavaro, berkata pasukan Bianconeri itu masih berpeluang untuk memenangi Scudetto musim ini sambil berkata perebutan mahkota gelaran Serie A berkenaan akan menjadi perlumbaan empat pasukan.
Cannavaro percaya penurunan prestasi pencabar lain akan memberikan bekas kelabnya itu peluang memandangkan saingan musim ini kelihatan seperti "tiada siapa mahu memenangi" Serie A.
Juventus kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, AC Milan, berbaki enam perlawanan, di mana mereka merapatkan jurang dengan menewaskan Cagliari 2-1 pada ketika Milan terikat 0-0 dengan Torino manakala Napoli pula tewas 2-3 kepada Fiorentina.
Juventus memenangi tiga perlawanan di laman lawan berturut-turut buat kali pertama musim ini dan Cannavaro, 48, yang meninggalkan Juventus untuk menyertai Real Madrid selepas menjuarai Piala Dunia 2006, pecaya pasukan bimbingan Massimiliano Allegri berkenaan masih berpeluang untuk bergelar juara Serie A.

3 - #Juventus have won three consecutive away games in #SerieA for their first time since May 2021. Run.#CagliariJuve

— OptaPaolo ? (@OptaPaolo) April 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia kelihatan seperti tiada siapa mahu memenanginya," kata pemenang Anugerah Ballon d'or 2006 itu dalam satu acara di Tuscany.
"Perasaannya seperti, apabila ada yang berpeluang untuk melakukan perubahan, sesuatu pasti akan terjadi.
"Kejohanan ini sentiasa terbuka, apa-apa sahaja boleh berlaku. Melihat kepada keputusan semua pasukan di atas Juventus, ia merupakan perlumbaan empat pasukan.
"Kita kenal Juventus, mereka tidak pernah menyerah kalah, ia satu kejohanan yang boleh memberikan kita kejutan.
"Ia satu kejohanan yang aneh, ketika anda berpeluang untuk meninggalkan pasukan lain, tiada sesiapa dapat melakukannya. Ia satu kejohanan yang semua orang boleh menang, kesemua empat mereka.
"Jika keputusannya berterusan seperti ini, ia akan menjadi penamat yang menarik," katanya.
Jika Juventus bergelar juara musim ini, ia akan menjadi gelaran Scudetto ke-10 mereka sepanjang 11 tahun ini dan yang keenam di bawah bimbingan Allegri.
#bola sepak #Juventus #Fabio Cannavaro #Serie A