Maradona dan Messi kedua-duanya diiktiraf sebagai pemain terbaik dengan kedudukan dua pemain dari argentina itu dalam sejarah bola sepak dunia kerap menjadi perdebatan
Messi merupakan pemegang rekod pemenang anugerah Ballon d'Or sebanyak enam kali tetapi bekas pemain pertahanan Itali, Cannavaro, berasakan Maradona, yang menjulang Piala Dunia 1986, sebagai pemain terbilang sepanjang zaman.
"Saya amat menghormati Messi. Bagi generasi baru, dia antara yang terbaik tetapi Maradona berbeza kerana bola sepaknya amat berbeza," kata Cannavaro -- yang merupakan jurulatih kelab Liga Super China, Guanzhou Evergrande, selepas menjulang Piala Dunia bersama Itali pada 2006 -- kepada Sky Sports.
"Mereka kerap mengasarinya tetapi dia sentiasa mengawal keadaan dan amat kuat.
"Messi berada di atas tetapi Maradona di dunia berbeza.
"Saya tidak pernah menyaksikan Pele tetapi saya menyaksikan Maradona, sepanjang tujuh tahun, saya menyaksikan semua perlawanannya.
"Dia bukan salah seorang terbaik, dia adalah yang terbaik," katanya.
Maradona memenangi beberapa trofi di Barcelona dengan membantu pasukan gergasi Sepanyol itu memenangi Copa del Rey, Copa de la Liga dan Supercopa de Espana.
Individu berusia 59 tahun itu kemudian menjadi icon d Napoli di mana dia memenangi dua kejuaraan Serie A selain Piala UEFA, Coppa Italia dan Supercoppa Italiana.
Messi pula memenangi 10 gelaran LaLiga dan empat kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah sepanjang di Barcelona walaupun masih belum mengecap sebarang kejayaan bersama Argentina.