BRENTFORD 1 EVERTON 3

Dominic Calvert-Lewin meluahkan rasa kurang senangnya terhadap ejekan peminat Everton selepas menandakan penantian pemulihan panjangnya dengan mencetak satu gol dalam kemenangan 3-1 di Brentford, awal pagi tadi.


Penyerang England itu ditempelak oleh beberapa peminat ketika patah tulang pipi dalam kekalahan 0-4 di Aston Villa pada awal musim ini.

Tetapi dia membuktikan kepada The Toffees bahawa sentuhan berbisanya belum pudar apabila masuk sebagai pemain gantian untuk menamatkan kemarau kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

"Bola sepak adalah permainan yang lucu," kata Calvert-Lewin kepada Sky Sports.


“Ketika menentang Aston Villa, penyokong sendiri yang mengejek saya.

"Hari ini mereka menggembirakan saya. Saya akan menikmati detik ini dan memikirkan selebihnya," katanya selepas perlawanan.


"