Cafu, Dida sepakat Vinicius Junior layak menang Ballon D'Or

Saufi Tahir
October 14, 2024 09:44 MYT
Legenda Brazil, Cafu dan Dida berpendapat pemain Real Madrid, Vinicius Junior, layak untuk memenangi anugerah Ballon D'Or bagi musim ini.
Cafu dan Dida sebelum ini merupakan sebahagian daripada skuad Brazil yang memenangi Piala Dunia 2002.
Dengan ketiadaan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dalam pengundian kali ini, maka akan muncul pemenang baru yang akan merangkul anugerah berprestij itu buat kali pertama sejak Luka Modric yang meraih anugerah itu 12 bulan lalu.
Vinicius antara pemain yang digemari, dengan Cafu berasakan anugerah itu wajar diberikan kepada bintang Los Blancos itu.
"Ya, dia layak memenanginya. Dia mempunyai musim yang hebat," kata Cafu kepada Stats Perform di Itali.
"Angka yang dia miliki musim lalu luar biasa. Dia layak untuk apa yang telah dia lakukan dan apa yang akan dia persembahkan pada masa akan datang.
"Dia seorang kanak-kanak yang hebat, pemain yang hebat dan terbaik. Dia bermain dengan baik tahun lepas, dia menjaringkan gol serta bantuan jaringan.

??| Vinicius Jr currently leads in the Ballon d’Or fan votes. ?? pic.twitter.com/nsSxuKTcNB

— CentreGoals. (@centregoals) October 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Jika dia menang, itu kerana dia layak memenanginya kerana dia melakukan dengan sangat baik, kami berharap dia berjaya menang Ballon D'Or." ujarnya lagi.
Untuk rekod, pemain berusia 24 tahun itu telah menjaringkan 42 gol untuk Real Madrid sejak 2023 hingga 2024 dalam semua kejohanan.
#bola sepak #Real Madrid #Brazil #Cafu #Vinicius Junior #Dida
;