Mikel Arteta memberi amaran kepada Arsenal bahawa persaingan akan menjadi lebih sukar jika mereka berharap mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Wolves akan bertandang ke Stadium Emirates malam esok untuk perlawanan tatkala mereka sepatutnya berpeluang menamatkan penantian 19 tahun menjulang trofi EPL.

Sebaliknya mereka akan memasuki perlawanan terakhir ini dengan ketinggalan lapan mata di belakang juara, Manchester City, jurang yang sama yang didahului oleh anak buah Arteta pada awal bulan lalu sebelum perjuangan mereka berkecai berikutan gagal mengatasi Nottingham Forest, Sabtu lalu.

Cabaran The Gunners kian pudar sejak mereka melepaskan kelebihan 2-0 ketika menentang Liverpool di Anfield, kemudian mencatat keputusan seri berturut-turut ketika menentang West Ham dan Southampton sebelum City akhirnya menguasai perlumbaan dengan kemenangan 4-1 dalam perhitungan di Etihad.

Justeru, Arteta menyeru kepada agar pemainnya menamatkan musim yang tidak dapat dilupakan ini dengan menyajikan satu persembahan hebat ketika berdepan, sambil melaungkan amaran bahawa perjuangan mereka akan menjadi lebih sukar sekiranya mereka berhasrat menamatkan penantian selama dua dekad ditabalkan kejuaraan.

“Persaingan akan menjadi lebih sukar pada musim depan,” katanya.


“Pada pendapat saya, ia akan menjadi musim yang paling sukar dalam tempoh 22 tahun saya berada dalam liga ini.

“Untuk (bersaing), kami sudah mempunyai perancangan yang benar-benar hebat, kami perlu bermuhasabah sedikit, mengambil langkah ke belakang, pastikan ini adalah laluan yang tepat dan sekali lagi mencubanya dengan keazaman lebih tinggi serta sentiasa dahagakan aksi yang lebih baik.




“Sekarang adalah mengenai menamatkan musim ini dengan bergaya dan menjelmakan persembahan hebat serta kemenangan di hadapan penyokong sendiri bagi menunjukkan tanda terima kasih kami.

“(Kami) menerima banyak tenaga luar biasa yang mereka berikan kepada kami sepanjang musim ini dan kami akan mula membina untuk musim depan.

"Kami harus menyempurnakan musim ini dengan cara yang terbaik. Ini adalah satu pengembaraan yang sarat dengan emosi.

“Berdasarkan perspektif, terdapat banyak perkara yang terjadi di kelab ini yang bukan sahaja berlaku di atas padang tetapi wajar diberi pujian.

“Kami perlu sempurnakan segala perjuangan kami. Kami perlu mencari kecemerlangan dalam segala aspek dan kami perlu mengambil bahagian dalam memberi impak besar kepada kelab.”