Burnley kurang bernasib baik -- Vincent Kompany
February 11, 2024 11:00 MYT
Vincent Kompany berasakan Burnley kurang bernasib baik apabila tewas 1-3 kepada Liverpool semalam.
Jaringan daripada Diogo Jota, Luis Diaz dan Darwin Nunez memastikan tiga buat skuad kendalian Jurgen Klopp untuk kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris mengetepikan Manchester City -- bekas kelab Kompany -- selepas dia menewaskan Everton.
The Clarets memiliki deretan peluang di Anfield namun gagal menambah jaringan penyamaan Dara O’Shea. Bagaimanapun, dia tetap berpuas hati dengan persembahan pasukan, Kompany mengakui bahawa Liverpool telah menghukum kesilapan mereka.
“Saya sendiri pernah berada di tempat ini sebagai pemain beberapa kali, di mana, dalam satu perlawanan, kami tidak mempunyai banyak peluang seperti hari ini,” katanya.
"Anda memerlukan sedikit tuah. Kami tidak mempunyai itu walaupun memiliki tahap prestasi yang tinggi. Dan anda perlu menyempurnakan peluang yang terhidang. Namun kami tidak melakukannya.
“Pasukan di peringkat ini mempunyai kualiti untuk menghukum setiap kesilapan anda. Ia adalah pasukan yang mempunyai banyak kualiti. Ia adalah stadium dan orang ramai dengan banyak sejarah dan semangat untuk pasukan. Itu sentiasa sukar."