Bundesliga: Xabi Alonso sifatkan benteng Bayer Leverkusen 'lembut'
Saufi Tahir
October 27, 2024 12:27 MYT
October 27, 2024 12:27 MYT
Jurulatih Bayer Leverkusen, Xabi Alonso, menjelaskan pasukannya terpaksa membayar harga mahal untuk satu mata apabila sekadar meraih keputusan seri 2-2 berdepan Werder Bremen, dengan menyifatkan benteng partahanan pasukannya terlalu 'lembut' ketika bertahan, awal pagi tadi.
Bremen bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk berpuas hati dengan satu mata serta memastikan Leverkusen sekadar meraih keputusan seri kali ketiga daripada empat perlawanan terakhir mereka.
The numbers to our draw this evening. #SVWB04 pic.twitter.com/Hk68uZDYtU
— Bayer 04 Leverkusen (@bayer04_en) October 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami terlalu lembut dalam bertahan dan pasukan lawan menggunakan peluang itu dengan sebaiknya. Kami boleh bertahan dengan lebih baik. Pada masa ini kami hilang kestabilan, dan apabila kami menang nanti kami akan bertambah baik.
"Kami tidak boleh berpuas hati kerana dua kali mensia-siakan kelebihan ketika mendahului Bremen. Ini bukan kali pertama berlaku kepada kami musim ini. Ada perkara yang kami perlu diperbaiki." katanya.
Today wasn't enough. Thank you for your continued support today, you were unbelievable as always. We'll see you on Tuesday Werkself. ?❤️#SVWB04 pic.twitter.com/UmJWHZtQq4
— Bayer 04 Leverkusen (@bayer04_en) October 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, pertahanan Leverkusen, Jonathan Tah, meletakkan tanggungjawab penuh di bahunya dan mengakui berasa kecewa selepas gagal mencuri tiga mata penuh untuk memperbaiki kedudukan pasukannya dalam saingan Bundesliga musim ini.
"Ia terasa seperti kata-kata kosong, seperti kalah. Kami hanya perlu terus bertahan hingga wisel penamat. Saya rasa bertanggungjawab." tambahnya.