Bundesliga: Vincent Kompany puji aksi Bayern Munich bangkit atasi Wolfsburg

Ariez Danysh
August 26, 2024 14:29 MYT
Ketua jurulatih Bayern Munich, Vincent Kompany, memuji mentaliti anak buahnya selepas bangkit daripada ketinggalan 1-2 untuk menewaskan Wolfsburg 3-2 dalam aksi pembukaan Bundesliga, semalam.
Gol minit ke-82 hasil jaringan Serge Gnabry memastikan kemenangan 3-2 di Wolfsburg untuk meraih kemenangan pertama Kompany selepas menggantikan Thomas Tuchel yang menamatkan saingan liga di tempat ketiga musim lalu.

????? ???! ? Vielen Dank für Euren starken Support heute in Wolfsburg! ?#MiaSanMia #WOBFCB #FCBayern pic.twitter.com/q2ENylkg3n

— FC Bayern München (@FCBayern) August 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bayern mendahului menerusi jaringan Jamal Musiala pada minit ke-19, tetapi pasukan tuan rumah memulakan separuh masa kedua dengan aksi yang mengejutkan apabila mereka menerima sepakan penalti sejurus perlawanan dimulakan, malah kesilapan yang dilakukan barisan pertahanan memberikan Wolfsburg peluang untuk mendahului buat pertama kali..
Bagaimanapun, selepas gol sendiri daripada Jakub Kaminski, kepintaran Harry Kane memberi umpanan kepada Gnabry menoktahkan kemenangan lewat dan membawa pulang tiga mata penuh.
"Saya menikmati aksi hari ini, ia adalah perlawanan Bundesliga pertama saya sebagai jurulatih" kata Vincent Kompany
"Separuh masa pertama mereka menunjukkan corak permainan seperti yang dirancang, namun separuh masa kedua kesilapan demi kesilapan yang dilakukan sehingga kami bolos dua gol dengan pantas, tetapi mereka kembali mengembalikan mentaliti juara hingga ke penghujung perlawanan dan itulah faktor kami dapat memenangi perlawanan" ujarnya.

YEEEEEEES! SEEEEEEERGEEEE GNAAAAAAAAAAAABRRRRYYY ?‍? ⚫ #WOBFCB | 2-3 | 82’ ⚫ pic.twitter.com/2gHxv4w8qE

— FC Bayern München (@FCBayern) August 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Pada penghujung separuh masa kedua, kami mempunyai keberanian untuk memenangi perlawanan" katanya.
Dalam pada itu, Joshua Kimmich, tidak menafikan bahawa Bayern bermain dengan sangat baik dalam separuh masa kedua
"Tatapi pada akhirnya saya gembira kerana semua pemain menerapkan mentaliti kemenangan dalam diri dan akhirnya kami berjaya meraih kemenangan" ujarnya.
#Wolfsburg #Bundesliga #Bayern Munich #Kompany #Vincent