Ketua jurulatih Bayern Munich, Thomas Tuchel, menyifatkan tuan rumah untuk aksi pagi esok, RB Leipzig, sebagai pasukan berbahaya tambahan lagi selepas mencatat kemenangan dalam dua perlawanan menentang mereka, termasuk dalam kejohanan pembuka musim, Piala Super DFL.
Skuad kendalian Tuchel itu beraksi baik untuk kini mendahului Bundesliga dengan 13 mata daripada lima perlawanan pembukaan dengan tujuh gol disumbangkan oleh penyerang England, Harry Kane.
Walaupun Leipzig ketika ini kekurangan satu mata di belakang Bayern dan berada di kedudukan kelima, pertembungan esok bakal memberi cabaran paling sukar untuk Bayern dalam kempen Bundesliga musim ini.
"Mereka berbahaya dan merupakan satu pasukan yang mempunyai semangat perpaduan yang hebat" kata Tuchel mengenai Leipzig dalam sidang media praperlawanannya.
“Leipzig semakin bertambah baik dan peningkatan terlihat dalam proses mereka, kami mengiktiraf sepenuhnya kualiti mereka.
“Kami telah tewas dalam dua perlawanan terakhir menentang mereka tetapi kekurangan itu telah diperbaiki sejak kekalahan Piala Super, dan kini masa untuk melaksanakannya.
“Suasana dan mentaliti pemain dalam keadaan baik. Masanya telah tiba untuk mengubah keadaan tetapi pastinya ia bukan mudah.
“Kami sangat fokus dan yakin dalam beberapa perlawanan terakhir. Telah tiba saatnya untuk raih satu lagi kemenangan walaupun sedar Leipzig mempunyai skuad yang kuat," katanya lagi.
Bayern bersedia untuk memanggil bekas pertahanan Leipzig, Dayot Upamecano, bersama rakan pertahanan Kim Min-Jae, dan penyerang, Thomas Muller, selepas mereka kembali cergas dalam sesi latihan setelah pulih dari kecederaan.
Selain itu, penjaga gol, Manuel Neuer, kembali ke latihan buat kali pertama minggu ini sejak kakinya patah dalam kemalangan ski musim sejuk lalu tetapi masih agak jauh untuk kembali bermain.
Bagaimanapun, penyerang, Serge Gnabry, dijangka terlepas aksi kali ini kerana kecederaan lengan, manakala pertahanan Belanda, Matthijs De Ligt, yang mengalami kecederaan lutut dalam kemenangan 7-0 ke atas Bochum hujung minggu lalu, juga dijangka tidak akan diturunkan.
Syifa Nasir
Sat Sep 30 2023
Piala AMEC: Seharusnya layak ke separuh akhir, Erick Thohir sedia nilai prestasi Shin Tae-yong
Kekalahan Indonesia kepada Filipina dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 memberi tamparan khas buat peminat tempatan dan juga Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI).
Piala AMEC: Kami tidak gagal, pasti juara jika turunkan pemain senior -- Jurulatih Indonesia
Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, berasakan pasukannya mampu merangkul kejuaraan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 sekiranya menurunkan pemain utama yang bermain dalam Kelayakan Piala Dunia 2026.
Unifi Piala Malaysia: JDT mudah ke separuh akhir singkir KL City
Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Unifi Piala Malaysia dengan kelebihan agregat 6-1 selepas menewaskan Kuala Lumpur City 4-0 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.
Reaksi penyokong Malaysia: Mahu pemain JDT perkuat Harimau Malaya, tuntut beberapa kelab beri kerjasama penuh
Penyokong bola sepak negara memberikan reaksi berbeza selepas menyaksikan Harimau Malaya gagal ke separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 ketika diikat Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), semalam.
Piala Dunia Wanita 2027: Netflix sah penyiar rasmi perlawanan secara langsung
Aplikasi penstriman, Netflix, secara rasmi memperoleh hak penyiaran untuk menayangkan liputan langsung Piala Dunia Wanita 2027 dan 2031 di Amerika Syarikat.
Piala AMEC: Info siaran langsung (live streaming) Indonesia vs Filipina
Indonesia akan berdepan misi wajib menang menentang Filipina dalam aksi terakhir Kumpulan B, Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) di Stadium Manahan, Surakarta malam ini.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) Terengganu lawan Negeri Sembilan
Terengganu akan melayani kunjungan Negeri Sembilan bagi aksi suku akhir kedua Unifi Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam ini.
Nadi Bola Latihan Pasukan: Seladang atau Tok Gajah ke separuh akhir Piala Malaysia?
Sri Pahang mempunyai kelebihan satu gol berdepan Perak dalam suku akhir pertama Unifi Piala Malaysia.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) JDT lawan KL City
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan melayani kunjungan Kuala Lumpur City bagi aksi suku akhir kedua Unifi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri petang ini.
PDRM buka siasatan insiden pergaduhan penyokong di LRT
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap pergaduhan antara penyokong bola sepak yang berlaku di transit aliran ringan (LRT) Stesen Bandar Tasik Selatan, semalam.
NBA: Magic match franchise record with 25-point comeback in win over Heat
Magic rally from 25 down, beat Heat
Atletico Madrid not getting carried away after moving top of LaLiga
Atleti revel in Barca win
Alonso: Freiburg rout 'not as easy as it seemed' for Leverkusen
Alonso lauds Leverkusen rout
Arteta 'really worried' by Saka injury in Palace win
Arteta 'really worried' by Saka
Barcelona 1-2 Atletico Madrid: Sorloth snatches smash-and-grab victory
Report: Barcelona 1-2 Atletico
'I did not like a single thing about the second half' - Conte frustrated despite Genoa win
Conte frustrated despite Genoa win
'For us, it's on!' - Arteta backs Arsenal in title challenge
Arteta: Title challenge is on
Leverkusen 5-1 Freiburg: Schick scores four as hosts go goal crazy
Report: Leverkusen 5-1 Freiburg
Crystal Palace 1-5 Arsenal: Christmas comes early for Jesus in Selhurst Park rout
Report: Crystal Palace 1-5 Arsenal
Genoa 1-2 Napoli: Anguissa and Rrahmani lift Conte's side to Serie A summit
Report: Genoa 1-2 Napoli