Bundesliga: Sidang media Xabi Alonso dibatalkan angkara bunyi penggera

Daeng Dhadyry
April 22, 2024 04:53 MYT
Xabi Alonso menyaksikan pasukannya, Bayer Leverkusen menjaringkan gol penyamaan lewat pada minit ke-97 di Borussia Dortmund untuk meneruskan rekod tanpa kalah mereka, namun terpaksa membatalkan sidang medianya kerana bunyi penggera.
Bagaimanapun, sidang media Xabi Alonso itu kemudian terpaksa dibatalkan selepas keputusan seri dengan Borussia Dortmund itu berikutan penggera berbunyi di Signal Iduna Park, sekali gus pelawat diarah meninggalkan stadium.
"Perhatian kepada pelawat! Oleh kerana kerosakan teknikal, kami ingin meminta anda meninggalkan bangunan melalui laluan yang terdekat. Sila bawa bertenang," kata pengumuman itu.
Penggera mula berbunyi kira-kira 40 minit selepas perlawanan tamat, dengan ruang sidang media kemudian dikosongkan dan ditutup.
Leverkusen memastikan rekod tanpa kalah mereka dalam semua pertandingan musim ini diteruskan, dengan anak buah Alonso telahpun mengharungi 45 perlawanan.
Selepas ini, mereka bakal menentang Stuttgart sebelum menghadapi pertembungan separuh akhir Liga Eropah dengan AS Roma.

When you score another last minute goal! ?‍?⚫️?#BVBB04 | #Bayer04 #Werkself @XabiAlonso pic.twitter.com/ZDbfNktYAm

— Bayer 04 Leverkusen (@bayer04_en) April 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Borussia Dortmund #Bayer Leverkusen #Bundesliga