Bundesliga: Kemenangan dramatik warnai permulaan musim Leverkusen

Ammar Hakim
August 24, 2024 08:30 MYT
Florian Wirtz sekali lagi mempamerkan persembahan di penghujung perlawanan ketika juara Bundesliga Bayer Leverkusen memulakan musim dengan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Borussia Monchengladbach.
Leverkusen kelihatan bakal menamatkan aksi pembukaan dengan satu mata, selepas Nico Elvedi dan Tim Kleindienst menafikan jaringan pembukaan Granit Xhaka dan Wirtz pada separuh masa pertama.
Bagaimanapun, Leverkusen membuktikan kredibiliti sebagai juara musim lalu apabila Wirtz menjaringkan gol pada minit ke-11 masa kecederaan sekaligus meneruskan rentak tanpa kalah dalam saingan liga.

This Season. Last Season. Any Season. WE. DON'T. GIVE. UP. ?❤️ pic.twitter.com/ibc7MAWMz2

— Bayer 04 Leverkusen (@bayer04_en) August 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Leverkusen kini tanpa kalah dalam 35 perlawanan di bawah bimbingan Xabi Alonso.
Selepas menjaringkan 18 gol musim lalu, Wirtz memulakan kempen kali ini dengan dua gol, menjadikan 43 gol secara keseluruhan buat Die Werkself dalam 154 penampilan.
Dia juga menjadi pemain kelima Leverkusen, selepas Christian Schreier, Ulf Kirsten, Bernd Schneider dan Stefan Kießling, untuk menjaringkan gol dalam dua perlawanan pembukaan berturut-turut dalam saingan Bundesliga.
#Bayer Leverkusen #Bundesliga #Borussia Monchengladbach #Florian Wirtz