Bundesliga: Harry Kane bantu Bayern Munich kekal rekod tanpa kalah

Muzaffar Musa
October 22, 2023 05:18 MYT
MAINZ 1 BAYERN MUNICH 3
Harry Kane membantu Real Madrid mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini ketika menewaskan Mainz 3-1 dalam perlawanan Bundesliga di Arena Mewa awal pagi tadi.
Kingsley Coman dan Kane meletakkan Bayern selesa mendahului 2-0 hanya dalam tempoh 16 minit selepas sepak mula sebelum Anthony Caci merapatkan jurang buat Mainz sebelum waktu rehat.
Leon Goretzka kemudian mengembalikan kelebihan dua gol buat Bayern menjelang sejam permainan untuk pasukan gergasi Bavaria itu mengekalkan rekod tanpa kalah dan menduduki tangga ketiga Bundesliga, dua mata di belakang pendahulu, Bayer Leverkusen.
Mainz, dalam pada itu, masih tercari-cari kemenangan pertama dalam saingan liga musim ini, di mana mereka ketika ini berada di tangga kedua tercorot dengan hanya dua mata selepas lapan perlawanan.

Cold. pic.twitter.com/T66lAYgbxB

— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) October 21, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Harry Kane #Bundesliga #Bayern Munich #Mainz