Bundesliga: Darmstadt ujian Manuel Neuer selepas pulih

Shaiful Shamsudin
October 28, 2023 02:40 MYT
Pengurus Bayern Munich, Thomas Tuchel, tidak meragui Manuel Neuer akan kembali lebih mantap tatkala penjaga gol itu giat mempersiapkan diri menghadapi perlawanan pertamanya dalam tempoh hampir setahun selepas patah kaki ketika bermain ski.
Neuer telah tidak beraksi sejak Disember 2022 berikutan pembedahan patah kakinya.
Justeru, pemenang Piala Dunia bersama Jerman itu bersedia untuk membuat kemunculan semula ketika menentang Darmstadt hari ini dan dijangka berada dalam barisan untuk pertemuan Der Klassiker, hujung minggu depan.
Tuchel berasakan Neuer, 37, tidak memerlukan masa lama untuk menyesuaikan diri bagi mengambil alih peranan itu semula daripada Sven Ulreich.
“Selagi tiada apa-apa buruk yang berlaku hari ini maka dia akan beraksi. Dia teruja, kami juga teruja. Mungkin ramai juga yang teruja dengannya,” kata Tuchel.
“Ia adalah situasi yang istimewa. Saya dapat berasakan keterujaannya. Dia memiliki pengalaman yang hebat. Dia menikmati sesuatu ketika ini dan dia patut berbangga dengan pencapaiannya.
“Dia memang patut menikmatinya dan ia akan menjadikannya lebih kuat. Akan ada sedikit tekanan tetapi kami berharap dia dapat mencari rentaknya dengan secepat mungkin dan semuanya berjalan lancar.
“Kemunculan semulanya sangat mengagumkan. Saya perhatikan perbezaan keadaannya. Seluruh proses pemulihan dan dengan fisio kami jadi dia patut berbangga.

?️ Tuchel on Neuer: "It's a special situation. I can feel his excitement and his quality is clear to see. He's got a lot of experience. He's enjoying it right now and can be proud of himself. I want him to enjoy this moment, as it will be a good source of strength for him. On… pic.twitter.com/3KtJCL2lxd

— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) October 27, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya bangga dia sudah kembali. Segalanya berjalan lancar.
"Saya sangat yakin dia akan segera mencapai prestasi terbaiknya.”
#Manuel Neuer #Bundesliga #Bayern Munich #Darmstadt