Bundesliga: Alonso anggap Leverkusen lepasi ujian Hoffenheim

Ammar Hakim
September 15, 2024 10:57 MYT
Xabi Alonso percaya Bayer Leverkusen melepasi cabaran untuk bangkit daripada kekalahan dengan markah penuh selepas menang 4-1 ke atas Hoffenheim.
Victor Boniface menjaringkan dua gol dan membuat lorongan buat Martin Terrier, denagan Florian Wirtz melengkapkan kemenangan sementara Mergim Berisha menjaringkan gol saguhati.

3 - Leverkusen's Victor Boniface has been involved in 3 goals in a Bundesliga match for the second time - only Serhou Guirassy and Harry Kane (4 times each) have done so more often since the Nigerians move to the Bundesliga in 2023-24. Back. #TSGB04 pic.twitter.com/G1kfNp5Rd3

— OptaFranz (@OptaFranz) September 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia merupakan kemenangan penting buat juara berganda musim lalu apabila bangkit daripada kekalahan 3-2 kepada RB Leipzig dalam aksi Bundesliga sebelum rehat antarabangsa.
“Ia adalah ujian penting bagi kami untuk tidak melepaskan gol kedua selepas mendahului 2-0,” kata Alonso.
"Kami bertindak balas dengan baik dan kali ini kami mengawal permainan dengan lebih baik dan lebih stabil sehingga tamat.
"Kami tahu kami akan mendapat peluang kami jika kami bersabar dan itulah yang kami perlu berusaha dengan sabar."
Kekalahan Leverkusen kepada Leipzig adalah yang pertama mereka dalam Bundesliga dalam tempoh lebih setahun (462 hari) selepas memenangi gelaran tahun lalu tanpa tewas.
#Bayer Leverkusen #Hoffenheim #Bundesliga #Xabi Alonso