Brendan Rodgers kini lebih kaya pengalaman
Shaiful Shamsudin
June 25, 2023 12:58 MYT
June 25, 2023 12:58 MYT
Brendan Rodgers menegaskan bahawa Celtic akan mendapat pengurus yang lebih baik pada kali ini berbanding ketika dia pernah membantu mereka memenangi tujuh trofi domestik di Scotland.
Pengurus Ireland Utara itu kembali ke Parkhead selepas hampir empat setengah tahun mengemudi Leicester.
Ketika di The Foxes, dia meraih kegemilangan Piala FA pada 2021 dan menduduki tempat kelima berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum bertukar hambar pada musim terakhirnya yang membawa kepada pemecatannya pada April lalu yang menyaksikan mereka di ambang penyingkiran.
Rodgers menjelaskan bahawa falsafah bola sepaknya masih tidak berubah sejak dia meninggalkan Celtic, malah berasakan dia bertukar menjadi pengendali yang lebih bijak secara keseluruhan.
“Daripada segi cara kami bermain, pasukan saya sentiasa menonjolkan dengan falsafah menyerang,” katanya.
? Brendan Rodgers is back in Paradise!#CelticFC? pic.twitter.com/9GZtCNOX3D
— Celtic Football Club (@CelticFC) June 23, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kami sentiasa berusaha untuk menang. Ia tidak pernah berubah. Apabila pasukan saya berada di tahap terbaik mereka, itulah yang mereka lakukan.
“Saya menjadi pengurus yang lebih baik berbanding ketika saya berada di sini tujuh tahun lalu dan sudah tentu lebih bagus berbanding empat tahun lalu.
“Pengalaman baik serta buruk sentiasa membantu anda dan itulah indahnya berpeluang kembali ke sini.
"Ini adalah kelab yang menakjubkan dan semoga kami mampu terus maju.”